RPH- RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN1


Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Kelas                :Tahun Satu Cemerlang
Tema / Tajuk   : Sains Hayat / Haiwan
Masa                : 8.40 – 9.40 pagi ( 60 minit )

Standard pembelajaran : 2.4.1 dan 2.4.3
Objektif pembelajaran : 

- Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

        a)      Membuat pemerhatian cara haiwan bergerak
        b)      Menjelaskan haiwan bergerak seperti terbang, berenang, 
                 menjalar, mengengsot, merayap,  dan melompat
   c)      Menyatakan tujuan haiwan bergerak.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 ) Orientasi: Set Induksi (5 Minit)

 *CADANGAN AKTIVITI 
-Murid mendengar dan menyanyikan lagu Lompat Si Katak Lompat bersama-sama
   
2) Pencetusan Idea (15 Minit)

 *CADANGAN AKTIVITI
    -Guru meminta murid membuat simulasi pergerakan haiwan 
      Contoh:-
      

      
    -     Murid menceritakan cara haiwan-haiwan bergerak:-

          a)  Murid A : Katak melompat

          b)  Murid B : Ikan berenang

          c)  Murid C : Burung terbang

          d)  Murid D : Kura-kura merangkak (mengengsot)

          e)   Murid E : Kucing berjalan



     3) Menjana idea  (20 Minit)

     *CADANGAN AKTIVITI

     -  Guru menyediakan kad perkataan (pergerakan haiwan)


    
     - Murid dikehendaki menyesuaikan kad perkataan dengan gambar mengikut cara pergerakan haiwan.
  


-Contoh :-


  merangkak

 
berenang


    -Guru menyoal murid tentang cara pergerakan haiwan


   
4) Penstrukturan semula (15 Minit)

*CADANGAN AKTIVITI

                -Murid melihat tayangan video cara pergerakan yang dipelajari.
a)   Helang menangkap kambing.  ---->VIDEO 01
b)   Kucing mengejar tikus.           ---->VIDEO 02
c)   Siput makan daun.                 ----->VIDEO 03

       -Murid menceritakan aktiviti yang dilakukan oleh haiwan dalam video tersebut.

 -Guru menjelaskan kepentingan pergerakan haiwan yang ditunjukkan dalam video.
 -Contoh :-

1 .    Helang menangkap ular untuk dijadikan makanan. 
2 .    Tikus melarikan diri untuk melindungi diri dari musuh.

- Murid menjawab lembaran kerja 


5) Pentaksiran

*CADANGAN AKTIVITI

       1.    Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1

      6) Aktiviti Pemulihan
      
      *CADANGAN AKTIVITI 
  
      1.  Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2

     7) Aktiviti Pengayaan

 *CADANGAN AKTIVITI

1.Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3

- Guru membuat pengukuhan tentang pembelajaran dan pengajaran berkaitan dengan pergerakan haiwan

8) Refleksi (5 Minit)

*CADANGAN AKTIVITI

-25 orang murid dapat menyatakan cara dan tujuan haiwan bergerak.
-5 orang murid dibimbing untuk menyatakan cara pergerakan haiwan.

0 comments:

Post a Comment